Kerjaya kelab Vedran_Ćorluka

Kerjaya awal

Ćorluka telah dilahirkan di Derventa, Republik Sosialis Bosnia dan Herzegovina, SFR Yugoslavia. Ibu bapa beliau, Jozo dan Anđa berasal dari Modran, yang terletak di Derventa. Disebabkan peperangan berlaku di Bosnia pada tahun 1992, keluarganya berpindah ke Zagreb, Croatia, di mana bapa beliau bekerja sebagai jurutera. Ibu beliau merupakan seorang hakim, Vedran memiliki seorang abang. Beliau bermula bermain bola sepak ketika dalam pasukan remaja Dinamo Zagreb semasa beliau berusia lapan tahun.[2] Kerjaya profesional Ćorluka bermula pada tahun 2003, tetapi musim itu, beliau tidak membuat sebarang penampilan untuk pasukan pertamanya. Beliau kemudian dipinjam ke Inter Zaprešić dan bermain selama satu musim, di mana beliau membantu pasukannya melonjak ke tangga kedua liga sebelum kembali ke Dinamo Zagreb pada tahun 2005. Selepas beliau membuat banyak aksi terbaik bersama Dinamo, beliau membantu kelabnya untuk memenangi gelaran Prva HNL selama tiga musim berturut-turut sejak 2005–06.

Manchester City

Pada 2 Ogos 2007, Ćorluka menandatangani untuk bersama Manchester City.[3][4] City tidak mendedahkan bayarannya, tetapi media Croatia melaporkan bahawa bayaran itu sekita £8 juta sambil menandatangani kontrak lima tahun.[5]

Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk City ketika tewas 4–2 kepada Aston Villa dalam musim 2008–09.[6] Dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala UEFA, Ćorluka menendang masuk tendangan penalti ketika menang 4–2 ke atas kelab Denmark, Midtjylland selepas seri 1–1 agregat. Perlawanan terakhir beliau bersama City ketika menentang Sunderland pada 31 Ogos 2008, dengan membaling jersinya kepada para peminat selepas habis perlawanan.[7]

Tottenham Hotspur

Pada 1 September 2008, Ćorluka menandatangani sebuah kontrak untuk bersama Tottenham Hotspur dengan bayaran sebanyak £5.5 juta dengan kontrak selama enam tahun, beliau juga mempunyai rakan senegara di Spurs, Luka Modrić.[8] Ketika satu perlawanan menentang Stoke City pada 19 Oktober, Corluka telah mengalami kecedearan. Beliau telah terlanggar dengan rakan sepasukan Heurelho Gomes, lalu beliau tidak menyedarkan diri apabila terkena dagu akibat perlanggaran tadi. Sepuluh minit kemudina, beliau dikejarkan ke hospital di mana tiada kecederaan serius dilaporkan.[9] Dalam perlawanan akhir Piala Liga Inggeris pada 1 Mac 2009, Ćorluka menjaringkan gol pertamanya untuk Tottenham ketika penentuan tendangan penalti menentang Manchester United. Beliau telah digelar oleh para penyokong Spurs iaitu 'Charlie'.[10]

Ćorluka gol liga pertamnya untuk Tottenham ketika seri 2–2 menentang Bolton Wanderers pada 3 Oktober 2009.[11]

Bayer Leverkusen (pinjaman)

Pada pemindahan Januari 2012, Ćorluka telah dipinjam ke kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen untuk musim 2011–12.[12]

Ćorluka membuat debut untuk Leverkusen ketika seri 2–2 menentang Stuttgart pada 4 Februari, dengan bermain penuh 90 minit.[13] Dalam pemunculan pertama dalam perlawanan Liga Juara-Juara untuk Leverkusen, Ćorluka membuat hantaran kepada Michal Kadlec pada minit ke-52 sebelum digantikan pada minit ke-90 oleh Danny da Costa, Leverkusen tewas 3-1 kepada Barcelona.[14] Penampilan terakhir pemain Croatia itu untuk Leverkusen ketika menumpaskan 1. FC Nürnberg, 4-1 pada 5 Mei[15] ketika penyerang Leverkusen, Kießling menjaringkan hatrick.[16][17]

Lokomotiv Moscow

Pada 27 Jun 2012, Lokomotiv Moscow telah membeli Ćorluka dari Tottenham Hotspur dengan bayaran sebanyak £5.5juta. Ćorluka menandatangani kontrak tiga tahun berikutan beliau melepasi ujian kesihatan.[18] Beliau menjaringkan gol untuk Lokomotiv ketika debutnya menentang Mordovia Saransk, 3–2. Pada September 2012[19] dan Mac 2014,[20] Ćorluka telah dinamakan sebagai pemain terbaik bulanan.

Rujukan

WikiPedia: Vedran_Ćorluka http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/320870?cc... http://soccernet.espn.go.com/report?id=320737&cc=5... http://www.goal.com/en-ie/match/60989/bayer-04-lev... http://www.premierleague.com/staticFiles/c2/3b/0,,... http://www.skysports.com/football/match_commentary... http://www.skysports.com/story/0,19528,11095_26369... http://www.soccerphile.com/soccerphile/news/balkan... http://www.soccerway.com/players/verdan-corluka/16... http://www.uefa.com/news/newsid=1457472.html http://www.bundesliga.de/en/liga/matches/2011/inde...